EXPDC dakwah Dewan Pemuda PAS Pahang

edar.jpgDewan Pemuda PAS Pahang turut padang mengedar risalah di tapak Pesta Ria (Fan Fair ) Batu 3, Jalan Mentakab, kelmarin (16 Jun).

program dengan kerjasama Pemuda Pas Kawasan Temerloh itu di Ketuai Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang yang baru, Abdullah Abdul Karim bersama kira-kira 15 orang ahli pemuda kawasan Temerloh.

Mereka mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyampai risalah bertajuk ‘Menggamit Bahagia Hakiki’ disamping beramah mesra dengan orang ramai yang mengunjungi pesta ria itu.

Kehadiran pemuda PAS itu telah menarik perhatian dua orang lelaki Melayu, seorang daripadanya dikenali sebagai ‘Man’ mendakwa sebagai pemilik lesen Pesta Ria (Fun Fair) Difahamkan lelaki itu adalah merupakan ‘orang kuat’ kepada salah seorang anggota Exco kerajaan negeri daripada Umno.

Abdullah berkata, pada program kali ini, pihaknya berjaya mengedarkan kira-kira 200 keping risalah kepada orang ramai dan program itu dinamakan sebagai ‘EXPDC dakwah’ suatu program berkala yang sememangnya menjadi salah satu aktivi rutin pemuda PAS diseluruh negara.

Risalah ringkas itu mengandungi kata-kata nasihat supaya menjauhi aktiviti hiburan yang bercangah dengan Islam seperti kebebasan tanpa batas, pergaulan lelaki – perempuan tanpa had, hiburan keterlaluan yang melanggar larangan agama, menjauhi zina, arak, dadah /pil khayal dan seumpanya.

Menurut Abdullah pemuda akan terus menjalan aktiviti EXPDC dakwah dimana ujudnya program hiburan seumpama ini dari masa ke semana.

Turut serta dalam program tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh Ustaz Johari Ishak dan Timbalanya Hasanuddin Salim.

*** gambar
Abdullah sedang mengedarkan risalah kepada remaja yang mengunjungi Pesta Ria itu.

Tinggalkan komen