Ketokohan Rasulullah Sebagai Pemimpin

Al-Quran sebagai DasarSTONER dan Wankel dalam buku Pengurusan (terjemahan Yaakob Ibrahim) mentakrifkan pemimpin sebagai seseorang yang mengetuai sesuatu organisasi atau pertubuhan atau kumpulan ke arah mencapai matlamat mengikut piawaian ditentukan.

Oleh demikian, peranan pemimpin untuk membawa perubahan organisasi atau pengikut ke arah kebaikan menjadi akauntabiliti kepada pemimpin itu dan harapan besar pengikutnya.

Secara kasarnya akauntabiliti bermaksud memikul beban tugas diamanahkan selari kebolehan dan bertanggungjawab penuh kesan pelaksanaannya. Akauntabiliti seseorang pemimpin terhadap organisasi dan pengikutnya bukan tugas mudah.

Rasulullah bersabda maksudnya, “Setiap orang daripada kamu adalah penjaga dan setiap
penjaga bertanggungjawab (akauntabiliti) terhadap apa yang dijaganya. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ensiklopedia Britanica menyifatkan Nabi Muhammad SAW sebagai personaliti pemimpin agama paling berjaya di dunia. Bekas penulis terkenal British, George Bernard Show menyatakan, jika Nabi Muhammad SAW masih hidup, beliau akan berjaya menyelesaikan masalah yang mengancam tamadun dunia hari ini.Beberapa contoh sanjungan tinggi cendekiawan Barat terhadap Rasulullah SAW itu adalah kerana mereka kagum dengan kecemerlangan akauntabiliti yang menjadi piawaian utama kepimpinan Rasulullah SAW.

Kita yakin tokoh Barat itu kagum dengan Rasulullah SAW kerana Baginda memiliki kualiti nilai insan yang hebat dan menjadi contoh dalam mengamalkan akauntabiliti sehingga masyarakat Arab menggelarnya al-Amin.

Pada prinsipnya al-Amin bermaksud pengamal akauntabiliti yang dipercayai dan memberi perkhidmatan memuaskan kepada masyarakat. Rasulullah SAW menolak percubaan rasuah puak nasionalis dan korporat Quraisy untuk menawarkan jawatan raja, perempuan cantik dan harta kekayaan dalam usaha memujuk Baginda berundur menjalankan aktiviti dakwah.

Satu lagi perkara menarik mengenai kepemimpinan Rasulullah SAW ialah Baginda tidak menamakan dan menentukan pengganti selepas kewafatannya. Nabi Muhammad SAW menyerahkan urusan pencarian penggantinya kepada kuasa rakyat.

Allah memerintah umat Islam menggunakan amalan syura dalam membuat keputusan mengenai urus tadbir negara dan hal ehwal urusan mereka. Allah berfirman bermaksud: “Bermusyawarahlah kamu dengan masyarakat dalam urusan itu.” (Surah ali-Imraan, ayat 159) Berdasarkan amalan syura dalam pencarian pengganti Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dipilih sebagai pemimpin negara Islam. Amalan syura adalah proses permulaan demokrasi yang ditetapkan dalam usaha menyerahkan kepada kuasa rakyat menentukan urus tadbir negara dan hal ehwal urusan masyarakat. Bagaimanapun ada sekumpulan serpihan umat Islam ketika itu mempertikaikan majlis syura itu.

Golongan serpihan dikenali puak Syiah menyatakan Rasulullah SAW menamakan dan menetapkan penggantinya iaitu Saidina Ali pada majlis Ghadir al-Kum di Makkahketika dalam perjalanan pulang menunaikan Haji Wida’.

Bagaimanapun, ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ahli hadis muktabar menolak dakwaan palsu puak Syiah. Saidina Ali sendiri tidak menuntut jawatan itu, malah bersabar dan menerima baik majlis syura yang diputuskan. Beliau menjadi Khalifah Islam keempat.

Akauntabiliti sahabat Rasulullah SAW juga cemerlang, contohnya Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar membuat ucapan hampir sama ketika dipilih sebagai Khalifah.

Antara inti kata ucapan mereka, “Jika saya benar maka ikutilah saya dan jika saya menyeleweng, maka perbetulkan saya bagi menentukan urus tadbir negara tidak tersesat dan bersedia meletakkan jawatan jika gagal memenuhi akauntabiliti.”

Berdasarkan penekanan kepemimpinan Rasulullah SAW dan sahabatnya mengenai akauntabiliti, jelas menunjukkan pematuhan akauntabiliti bermula daripada model pucuk pimpinan.

Kepentingan akauntabiliti dalam urus tadbir negara jelas diterangkan dalam al-Quran, surah an-Nisaa’, ayat 58 dan 59. Isu utama dalam ayat itu ialah:
1-Urus tadbir negara dan rakyat bukan melalui diktator dan hendaklah merujuk kepada al-Quran dan sunnah dalam menyelesaikan masalah negara.

2-Pemimpin tidak boleh menjalankan urus tadbir berdasarkan pandangannya semata-mata tanpa merujuk kepada al-Quran dan sunnah, dan

3-Melaksanakan amanah dan berlaku adil kepada rakyat jelata selari dengan mandat diberikan rakyat.

Kesan besar yang timbul daripada kelemahan akauntabiliti ialah berlaku penyelewengan kuasa, rasuah dan amalan demokrasi tidak memberi makna apa-apa kepada rakyat.

Rakyat dan orang awam pula berasakan haknya tidak ditunaikan secara adil. Allah memberi peringatan dalam al-Quran supaya umat Islam tidak menurut jejak langkah dan meniru gaya urus tadbir seperti Firaun, Haman dan Qarun.

Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi dalam buku Fiqh ad-Daulah, menyebut ciri utama tokoh korup:

1-Firaun adalah pemerintah diktator, ada bidang kuasa mutlak dan mendakwa dirinya tuhan kerana meyakini tidak ada kuasa lain boleh menggugat pemerintahannya

2-Haman ialah seorang pemikir dan penasihat politik yang sentiasa berlegar mengelilingi Firaun. Berdasarkan kepandaian dan pengalaman perkhidmatan dengan pemerintah, ia berusaha memujuk rakyat supaya terus memperkukuhkan kekuasaan Firaun walaupun menyedari rakyat hidup menderita, dan

3-Qarun, seorang tokoh korporat yang mengambil manfaat daripada pemerintah. Dia membantu pemerintah dengan kewangannya dengan harapan akan mengaut habuan lebih besar tanpa mempedulikan kesengsaraan hidup rakyat jelata.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, marilah kita menginsafi diri mempertingkatkan kualiti bina insan dan akauntabiliti diamalkan Rasulullah SAW, sahabatnya dan elak daripada mencontohi watak tokoh korup.

Mereka yang gagal mengamalkan akauntabiliti tidak terlepas daripada hukum Allah pada hari akhirat nanti.

Firman Allah bermaksud, “Amat besar kebencian di sisi Allah, jika kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melaksanakannya.” (Surah As-Saff, ayat 4)

Rencana sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: