Mesti Baca: Pemuda PAS wajib hadir perhimpunan rakyat Sabtu ini

5650.jpgSaya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kepada siapa yang mengaku menjadi ahli Pemuda PAS, supaya wajib hadir di dalam perhimpunan aman menuntut pilihan raya yang adil, Sabtu ini.

Saya mengarahkan khas kepada ahli Pemuda PAS seluruh negara supaya menyertai perhimpunan aman itu bagi memberi kesedaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan menjalankan pilihan raya secara telus dan adil.

Perhimpuanan aman anjuran Bersih tersebut akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu 10 November ini, bermula jam 3 petang. Baca baki entri ini »

PAS Pahang desak tubuh Suruhanjaya Diraja siasat insiden Batu Buruk

Pas PahangTEMERLOH, 11 Sept (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Pahang mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat insiden rusuhan di Batu Buruk, Terengganu, 8 September lalu.

Setiausahanya, Hasanuddin Salim berkata, kes tersebut wajar disiasat oleh suatu suruhanjaya memandangkan ia membabitkan banyak pihak ditambah pula dengan pelbagai kenyataan yang mengelirukan berbau tuduhan dan dakwaan daripada parti pemerintah (Umno) terhadap parti lawan.

Menurut Hasanuddin, adalah jelas Umno cuba mengambil kesempatan di atas isu tersebut untuk memburuk imej musuh politiknya di saat-saat akhir menjelang pilihan raya umum. Baca baki entri ini »

KEBANGKITAN PEMUDA PAS PAHANG

Kuantan -12 Ogos 2007 menjadi detik bersejarah bagi Dewan Pemuda PAS Pahang apabila satu Perhimpunan yang menyaksikan kesungguhan dan keyakinan pemuda bersatu menunjuk semangat dan kesediaan berjuang menepati misi dan visi pemuda .Biar pun 1001 kekurangan dan kelemahan sebagai sebuah parti yang sering dikepong dan ditekan dari segenap arah oleh pemerintah undemokratik UMNO dan Barisan nasional , perhimpunan pemuda PAS pada 12 hb Ogos baru – baru ini berjaya menghimpunkan 1500 anggotanya untuk sedia digerakkan bagi menghadapi pilihanraya umum ke 12 yang dijangka akan berlangsung pada bulan November ini.

Perasmian Himpunan Pemuda PAS Pahang telah disempurnakan oleh al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.Sementara amanat dan taujihat penutup telah dilengkapkan oleh al Fadhil Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man Ahli Jawatan Kerja PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang.Taklimat persiapan dan gerakkerja Pilihanraya Pemuda telah dibentang oleh sdr setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang Hasanudin bin Salim .


 

 

Jadual asal di sebelah petang , pemuda dijangka akan mendengar taklimat mobilisasi Demokrasi yang akan disampaikan oleh Tuan Hj. Mohd Sabu Naib Presiden PAS bagi mengatur gerak menuntut demokrasi bersih dan telus.


Malangnya beliau ditimpa kemalangan dan slot tersebut terpaksa ditangguhkan ke sebelah malamnya .

Sekali lagi al Fadhil Tuan Guru Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man mengambil alih bagi menegaskan keperluan demokrasi yang bersih dan telus.

Himpunan Pemuda PAS Pahang ini adalah warm up untuk himpunan 100 ribu rakyat yang akan berlangsung di Putra Jaya pada 10 November kelak .

Sessi malam Himpunan Pemuda ditambah lengkap dengan kehadhiran Saudara Saifudin Nasution Pengerusi Tabung Tok Kenali dengan pendedahan jenayah dan rasuah serta salah laku yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN .

Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri mengucap setinggi – tinggi tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan himpunan ini . Bermula dari Pengarah program Ustaz Suhaimi Saad Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri dan seluruh Jawatan Kuasa Panitia Program , Seluruh EXCO DPPNPahang , Ketua – ketua DPP Kawasan dan seluruh AJK mereka dan perhargaan tinggi kepada seluruh anggota pemuda dari seluruh negeri .

Selamat berjuang kepada SEMUA PEMUDA bagi membuka laluan kemenangan buat Islam di atas tanahair kita amnya dan dinegeri Pahang ini khasnya.

Takbiiir.

Isu Rushdie himpunan bantahan selepas solat Jumaat di masjid Ar-Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Hrkh) – Himpunan sejuta umat Islam bagi membantah keras anugerah ‘Sir’ kepada penulis buku `The Satanic Versus’, Salman Rushdie terus diadakan untuk membuktikan bahawa umat Islam tidak boleh diperkotakkatikkan. Esok perhimpunan akan diadakan di pekarangan Masjid Ar-Rahman, berhampiran Universiti Malaya (UM) selepas solat Jumaat.

Himpunan besar-besaran anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pula akan diadakan di hadapan Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini selepas solat Jumaat (29 Jun). Peserta kemudiannya akan berarak ke kedutaan AS.

Selain membantah keras anugerah Sir kepada Rushdie, himpunan itu turut mengutuk campurtangan Barat terhadap konflik di Palestin.

Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembela Islam, Ustaz Ridwan Mohd Nor merayu umat Islam seluruh negara turun menyertai bantahan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, pimpinan tertinggi PAS, pimpinan NGO Islam serta mahasiswa dijangka akan turut bersama dalam himpunan itu. – lanh

Bawalah Islam ke tengah masyarakat

 

Akhbar tempatan hari ini melaporkan darihal ENGAGEMENT yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat yang telah mengunjungi Pejabat Majlis Belia Malaysia MBM semalam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasruddin Hassan at Tantawi telah mengetuai rombongan dalam kunjungan hormat berjumpa dengan Presiden MBM Datuk Shamsul Anuar Nasarah. Menurut laporan akhbar THE STAR ini merupakan kali pertama Pemuda PAS menjalinkan hubungan dengan MBM.

Menurut akhbar tersebut lagi Ustaz Nasruddin dipetik sebagai berkata bahawa membenteras jenayah, dadah dan mengatasi masalah pengangguran serta membentuk generasi pemuda yang berguna sesungguhnya merentasi batas politik dan agama. Dalam kunjungan itu Ustaz Nasruddin menegaskan komitmen Pemuda PAS untuk bersama-sama MBM dalam menangani isu yang melibatkan permasalah golongan muda.

Langkah proaktif Pemuda PAS ini sangatlah dialu-alukan khususnya dalam keadaan rakyat sedang membicarakan darihal masalah kebejatan sosial yang melibatkan golongan muda dalam negara. Pendedahan darihal penglibatan anak-anak muda dalam kegiatan jenayah, maksiat (terbaru termasuklah pendedahan akhbar Metro mengenai klip video perlakuan seksual anak-anak sekolah menengah) dan dadah sangat kritikal dan memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak.

Kita sekali-kali tidak akan berjaya membentuk rakyat yang berminda kelas pertama sekiranya generasi muda kita dalam keadaan lalai dan longgar seumpama hari ini. Mudah-mudahan langkah Pemuda PAS ini akan membuka ruang untuk kita berbicara darihal pendekatan baru dan holistik untuk mengatasi kecelaruan sosial yang kelihatan berada di luar kawalan ini.

Kita mengharapkan PAS juga nanti akan membuka langkah bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuklah Umno, institusi dan penguatkuasa agama, bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu murtad khasnya pasca keputusan Mahkamah Persekutuan mengenasi kes Lina Joy. Isu membabitkan aqidah dan maruah ummah seharusnya ditangani oleh umat Islam sendiri tanpa campurtangan mana-mana pihak luar.

Saya yakin rakyat akan semakin menghargai peranan PAS khasnya sebagai sebuah gerakan Islam, apabila langkah-langkah ENGAGEMENT seumpama ini terus dipertingkatkan dari masa kesemasa. Syabas Pemuda PAS.

70 sertai XPDC bermotosikal anjuran Pemuda PAS Temerloh, Kuala Krau

TEMERLOH, 18 Jun (Hrkh) – “Seronok sangat menyertai program lasak seperti ini,” kata salah seorang peserta XPDC bermotosikal anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Temerloh dan Kuala Krau, Ahad lalu.

Program julung-julung kali itu berjaya menghimpunkan lebih 70 orang pemuda daripada dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun), iaitu Kuala Semantan, Temerloh dan Jenderak, parlimen Kuala Krau.ImagePeserta menunggang motosikal lebih 120km bermula di Pekan Kuala Krau singgah di Dun Kerdau, Dun Kuala Semantan, Dun Chenor dan berakhir di Dun Jengka sebelum balik ke Jenderak.

Di samping itu peserta juga diraikan dengan jamuan makan tengah hari di Markaz PAS Cawangan Bandar Baru serta menunaikan solat Zohor berjamaah di Masjid Ubudiah, Batu Satu, Temerloh.

Sebelum berlepas ke Bandar Jengka peserta XPDC mendengar tazkirah ringkas disampaikan Ketua Pemuda PAS Temerloh, Ustaz Johari Ishak.

Di Bandar Jengka peserta menunaikan solat Asar dan mengikuti tazkirah Ustaz Aris Fizul Ismail.

Menurut pengarah program, Abu Bakar Ismail, 35, pada mula beliau ragu-ragu tentang sambutan pemuda terhadap program ini, beliau tidak menjangka program ini mendapat sambutan hangat daripada remaja.

“Saya berpuas hati kerana program berjalan lancar serta berjaya menghimpunkan ramai remaja menyertainya walaupun ada diantara pemuda tersebut tidak peranah menyertai mana-mana program anjuran PAS sebelum ini.

“Mungkin pada masa depan pihaknya akan menyusun program XPDC ke destinasi lebih jauh lagi,” ujarnya. – mns

Pemuda Pahang anjur perhimpunan, jambori hadapi pilihan raya

Ustaz Nasruddin Hassan-Ketua Pemuda Pas PahangTEMERLOH, 19 Jun (Hrkh) – Pemuda PAS Pahang merancang dua program besar-besaran melibat perhimpunan anggotanya dari seluruh negeri pada bulan Julai dan Ogos ini.

Bercakap kepada Harakah selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli jawatankuasa Pemuda PAS Pahang dekat sini, Ketuanya Ustat Nasruddin Hasan Tantowi berkata, kedua-dua program itu adalah antara persiapan pemuda negeri bagi menghadapi pilihan umum ke-12.

Difahamkan program Jambori Amal akan diadakan di Balok, Kuantan pada 20,21 dan 22 Julai manakala pada 12 Ogos pula Perhimpunan Pemuda PAS Pahang berlangsung di Kompleks Putera, Inderamahkota.

Katanya, kedua-dua program itu akan menghimpunkan pemuda-pemuda dari seluruh negeri dan menjadi titik tolak kepada persiapan pemuda menghadapi pilihan raya umum.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Pemuda PAS Pahang menubuhkan satu Lajnah baru dalam organisasinya ialah Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam selaras dengan kewujudan Lajnah berkenaan di peringkat pusat.

Nasruddin mengumumkan Lajnah baru itu dipengerusikan oleh Ustaz Shahril Azman, Ketua Pemuda Pas kawasan Kuala Krau.

Menurutnya, dengan penubuhan lajnah baru itu menjadikan peranan dakwah yang dahulunya diletakkan bersama Lajnah penerangan kini menjadi lajnah tersendiri. “Kita berharap dengan kewujudan lajnah baru ini akan menyemarakkan kerja-kerja dakwah dan pembelaan Islam serta menangani pelbagai isu berkaitan masalah umat Islam, seperti saudara baru, isu murtad dan sebagainya dengan lebih berkesan,” ujarnya. – mks.

EXPDC dakwah Dewan Pemuda PAS Pahang

edar.jpgDewan Pemuda PAS Pahang turut padang mengedar risalah di tapak Pesta Ria (Fan Fair ) Batu 3, Jalan Mentakab, kelmarin (16 Jun).

program dengan kerjasama Pemuda Pas Kawasan Temerloh itu di Ketuai Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang yang baru, Abdullah Abdul Karim bersama kira-kira 15 orang ahli pemuda kawasan Temerloh.

Mereka mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyampai risalah bertajuk ‘Menggamit Bahagia Hakiki’ disamping beramah mesra dengan orang ramai yang mengunjungi pesta ria itu.

Kehadiran pemuda PAS itu telah menarik perhatian dua orang lelaki Melayu, seorang daripadanya dikenali sebagai ‘Man’ mendakwa sebagai pemilik lesen Pesta Ria (Fun Fair) Difahamkan lelaki itu adalah merupakan ‘orang kuat’ kepada salah seorang anggota Exco kerajaan negeri daripada Umno.

Abdullah berkata, pada program kali ini, pihaknya berjaya mengedarkan kira-kira 200 keping risalah kepada orang ramai dan program itu dinamakan sebagai ‘EXPDC dakwah’ suatu program berkala yang sememangnya menjadi salah satu aktivi rutin pemuda PAS diseluruh negara.

Risalah ringkas itu mengandungi kata-kata nasihat supaya menjauhi aktiviti hiburan yang bercangah dengan Islam seperti kebebasan tanpa batas, pergaulan lelaki – perempuan tanpa had, hiburan keterlaluan yang melanggar larangan agama, menjauhi zina, arak, dadah /pil khayal dan seumpanya.

Menurut Abdullah pemuda akan terus menjalan aktiviti EXPDC dakwah dimana ujudnya program hiburan seumpama ini dari masa ke semana.

Turut serta dalam program tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh Ustaz Johari Ishak dan Timbalanya Hasanuddin Salim.

*** gambar
Abdullah sedang mengedarkan risalah kepada remaja yang mengunjungi Pesta Ria itu.