Pekan Awah

Kenali Pekan Awah KAMPUNG AWAH adalah sebuah perkampungan melayu tradisional terletak diantara Bandar Temerloh dan Bandar Maran di dalam Mukim Bukit Segumpal, Maran , Pahang. Terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Temerloh, Pahang dan 35 kilometer dari Bandar Maran, Pahang. Ianya terbahagi kepada 2 iaitu Kampung Awah Tradisional dan juga FELDA Kampung Awah.Berhampiran Pekan Awah juga terdapat kampung2 kecil iaitu Kg Kabut, Kg Paya Bedong,Kg Tanjung Perang,Kg Jalan Panjang,Kg Pamah,  Tanjung Gadum, Kg Paya Kerbau dan Estate Kg Awah.Menurut cerita orang tua-tua, perkataan ‘Awah’ berasal daripada perkataan ‘terkelewah’. Diceritakan bahawa pada suatu masa dahulu ada sekumpulan orang asli sedang memancing di suatu paya. Mereka telah hampir-hampir berjaya menangkap ikan yang besar namun mata pancing telah terkelewah yakni bengkok. Dari situlah nama Kampung Awah diperolehi dan juga ada yang mengatakan asal Kg awah berasal terjumpanya se-ekor ulat yang besar di dalam kubang di Tanjung Gadung,kemudian ulat itu ditutup dengan Kawah,maka penduduk disitu panggillah Kg Awah.Pada 1967, Felda Kg Awah telah dibuka sebagai penempatan FELDA yang kedua dibuka di Negeri Pahangselepas FELDA Lurah Bilut. FELDA Kampung Awah terletak bersebelahan gugusan FELDA Jengka dan pertambahan penduduk di sekitarnya menyaksikan beberapa buah rumah kedai papan telah dibina pada tahuan 1980-an. Kawasan kedai ini dipanggil oleh penduduk setempat sebagai sawmill. Ianya bersempena wujudnya sebuah kilang papan di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, pada masa kini, kilang berkenaan telahpun ditutup. Rumah-rumah kedai kayu telah digantikan dengan bangunan rumah kedai konkrit dan kawasan ini dinamakan sebagai Pekan Awah. Pekan Awahmenjadi nadi kepada pembangunan kawasan FELDA sekitarnya dan Kampung Awah. Antara kemudahan yang disediakan ialah Pusat Kesihatan, Institut Latihan Risda/Kolej Risda,Klinik kerajaan, Pasar,Dewan orang ramai,Perpustakan Awam,Masjid,Tadika (Kemas & Pasti) , Sekolah Kebangsaan, Klinik swasta, wakil pos, balai polis dan kedai-kedai runcit.Pekan Sehari Kampung Awah diadakan di Pekan Awah setiap hari Rabu mulai jam 3 petang sehingga 10 malam DAN MASA DEPAN PERJUANGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” – [1]MuqaddimahAdalah menjadi satu pekara yang tidak mungkin dapat disangkal akan kewajipan setiap muslim untuk menafkahkan dirinya dalam perjuangan Islam. Setiap yang ingin dirinya digelar sebagai pejuang sewajarnya menyoal dirinya sendiri setiap saat dan waktu “Apakah yang telah aku lakukan untuk Islam?”. Lalu adalah menjadi satu keperluan kepada setiap individu muslim terutama sekali pelajar-pelajar agama yang merupakan generasi tunas dalam gerakan Islam membuka minda dan meluangkan masa untuk sama-sama berfikir bagaimana untuk menjadikan agenda perjuangan Islam sebagai satu realiti.Dari konteks Malaysia, untuk meihat masa depan perjuangan Islam maka sudah tentulah tidak dapat tidak harus disorot dari segi sejarah. Ini kerana sejarah sudah tentu menjadi cermin kepada masa yang akan mendatang. Dalam memperkatakan mengenai sejarah perjuangan Islam di Malaysia, saya akan lebih menumpukan perbincangan kepada perjuangan Islam melalui politik khususnya PAS. Bukan saya bermaksud untuk menafikan harakah atau jemaah Islam yang tidak melibatkan diri dengan politik, namun kaitan politik secara tidak langsung dengan aktiviti gerakan Islam khususnya di Malaysia sama sekali tidak boleh dinafikan. Tambahan pula, poltik adalah tumpuan utama setiap rakyat terbanyak pada masa lalu, kini dan akan datang. Bagi memudahkan perbahasan, saya membahagikan kronologi perjuangan politik Islam di Malaysia kepada 4 peringkat :1. Sebelum 19552. 1955 – 19833. 1983 – 19974. 1998 – hari iniPerjuangan Islam di Tanah Melayu Sebelum 1955Fakta : Perjuangan Islam di Tanah Melayu bermula semenjak kedatangan Islam di Tanah Melayu yang masih merupakan polemik di kalangan ahli-ahli sejarah. Namun seara khususnya kebangkitan para ulama’ di beberapa buah negeri di Tanah Melayu untuk menentang penjajah adalah merupakan titik tolak kepada kemaraan golongan agama dalam arena politik. Dari sudut yang lain, kebangkitan perjuangan Islam adalah selari kalaupun tidak lebih awal dari kebangkitan nasionalisme. Sebelum gerakan kemerdekaan berlaku secara menyeluruh, Tanah Melayu sudah digegarkan dengan kebangkitan Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan dan beberapa lagi penentangan yang dipelopori oleh golongan ulama’. Walaupun kebangkitan ini berlaku di merata-rata tempat, namun kesedaran menyeluruh untuk membebaskan diri dari penjajah masih belum berlaku.Namun, penjajahan Jepun merubah senario ini. Pada tahun 1945, Dr. Burhanuddin Helmi memperkenalkan pemikiran politik Islam melalui penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Seterusnya ekoran dari gagasan Malayan Union pada tahun 1946, orang-orang Melayu mula bersatu melalui seruan “Hidup Melayu” di bawah kepimpinan seorang tokoh nasionalisme, Dato’ Onn bin Jaafar. Pada awalnya, tokoh-tokoh ulama berada di bawah payung UMNO bersama dengan Dato’ Onn untuk memperjuangkan kemerdekaan lebih-lebih lagi apabila Hizbul Muslimin diharamkan oleh British pada tahun 1948. Penyertaan golonagn ulama pada masa itu bukanlah menunjukkan persetujuan mereka dengan dasar nasionalis tetapi kerana mereka melihat adalah lebih penting untuk mewujudkan penyatuan terlebih dahulu.[2] Namun, akibat beberapa pertembungan pendapat dengan pimpinan UMNO yang secara rasminya beraliran nasionalis sekular, tokoh-tokoh ulama beramai-ramai keluar dari UMNO untuk menubuhkan Persatuan Ulama yang terpisah dari UMNO pada tahun 1951. Beberapa bulan kemudian, ia bertukar nama menjadi Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) di mana Tuan Haji Ahmad Fuad menjadi Yang diPertuanya yang pertama. PAS seterusnya menyertai pilihanraya pada tahun 1955 namun gagal untuk membentuk kerajaan persekutuan. Ulasan : Perjuangan Islam pada masa Tanah Melayu masih bergegar dengan tuntutan kemerdekaan tidak dapat meyakinkan rakyat bahawa perjuangan mereka adalah yang terbaik. Tambahan pula pada masa tersebut, rakyat masih dihantui dengan kekejaman Bintang Tiga dan masih terngiang-ngiang dengan penindasan oleh tentera Jepun. Oleh yang demikian, mereka memilih untuk mengambil jalan selamat iaitu dengan mengundi pihak yang boleh memerikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pihak terdekat yang dimaksudkan ialah UMNO. Ini sama sekali tepat dengan kehendak penjajah British yang seboleh-bolehnya mahukan pihak yang akan memerintah bekas tanah jajahan mereka akan terus menjalankan dasar-dasar pro-penjajah. Kerana itulah, Hizbul-Muslimin telah diharamkan oleh pihak penjajah pada tahun 1948. Namun, dalam masa yang sama kegagalan pihak ulama’ untuk merebut peluang tampil ke hadapan juga merupakan satu faktor perjuangan Islam ditolak oleh kebanyakan rakyat pada masa itu. Tambahan pula, perjuangan yang dipelopori oelh golongan ini masih bercampur-gaul dengan ideologi kebangsaan. Seandainya pihak ulama’ mampu membentuk satu barisan alternatif bersama dengan barisan kepimpinan bangsa-bangsa yang lain, besar kemungkinan perjalanan sejarah politik di Malaysia akan berubah.1955 – 1983Fakta : Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tunku Abdul Rahman selaku pemimpin tertinggi UMNO yang kedua secara automatik memimpin kerajaan Perikatan bersama dengan barisan kepimpinan bangsa-bangsa yang lain. Selaku kerajaan yang baru sahaja dibentuk, maka sudah tentulah mereka menghadapi pelbagai masalah yang menggugat kerajaan mereka. Pelbagai pihak di dalam negara masih sukar untuk dikongkong agar menjadi penyokong kerajaan. Akhbar-akhbar masih berperanan dengan bebas mengkritik pelbagai dasar yang berakhir dengan proses ‘penelanjangan’ kebebasan akhbar pada tahun 1962.[3] Pada peringkat ini jugalah berlakunya proses peralihan perjuangan PAS sebagai sebuah parti politik nasionalis yang mempunyai nilai Islam kepada sebuah parti politik yang mempunyai konsep jemaah dan benar-benar menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Ini berlaku seriingan dengan pelbagai peristiwa-peristiwa yang berlaku di Malaysia. Kronologinya secara umum bolehlah dirumuskan seperti berikut :1963 : Pembentukan Malaysia menyatukan Singapura, Sabah dan Sarawak. PAS yang masih merupakan parti politik nasionalis bercorak Islam mengambil sikap menentang yang sederhana.1963 : Ideologi perjuangan Ikhwanul Muslimin mula meresap masuk ke dalam PAS. Di bawah pimpinan Prof Zulkifli Muhammad, PAS menghantar Haji Yusuf Rawa, AJK PAS Pusat ke Timur Tengah untuk memperkenalkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Dialog demi dialog diadakan khususnya dengan pimpinan Ikhwan.1964 : PAS di bawah Prof Zulkifli menghantar sepuluh orang pelajar-pelajar Malaysia yang pertama untuk melanjutkan pelajaran ke Iraq. Secara sulitnya, ia adalah persediaan awal untuk melahirkan satu generasi perjuangan yang berlainan dengan generasi yang sedia ada.1964 : Prof Zulkifli Muhammad meninggal dunia dalam satu kemalangan. Tidak lama selepas itu, PAS kehilangan pula Dr. Burhanuddin. Seterusnya, PAS dipimpin oleh Dato’ Asri. Kepimpinan beliau dikatakan semakin mengukuhkan lagi semangat ideologi kebangsaan Melayu dari dasar rasmi PAS iaitu Islam. Oleh yang demikian, PAS seterusnya benar-benar tidak dikenali sebagai gerakan Islam. Edit this entry. 

Advertisements

Satu Respons to “Pekan Awah”

  1. ramli Says:

    tingkatkan lg web pekan awah,


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: