Mana janji Idris untuk terima qada dan qadar?

Ditakdirkan berlaku apa-apa perkara yang menggugat keamanan rakyat negeri Terengganu ekoran isu pelantikan Menteri Besarnya, orang paling wajar dipertanggungjawabkan atas keadaan itu ialah Dato’ Seri Idris Jusoh. <!– Baca baki entri ini »

Umno semakin biadab terhadap istana

Kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu telah sampai ke kemuncaknya. Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) mewakili Pemangku Raja Terengganu telah berkenan menyampaikan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Dato’ Ahmad Said. <!– Baca baki entri ini »

Selamatkan Malaysia

Dari: Kickdefella

Dalam tempoh 10 hari selepas keputusan mengejutkan PRU 12 yang menyebelahi rakyat, Pak Lah telah gagal mendapatkan simpati ramai. Keaiban Pak Lah menjadi pemimpin Melayu terlemah di dalam era 50 kemerdekaan negara ternyata gagal menagih simpati ramai.

Pak Lah, setiap kali membuka mulutnya, ternyata mengeluarkan satu bahan kimia yang terus menerus menimbulkan kebencian rakyat. Tidak dapat dipastikan, sama ada bahan kimia tersebut berpunca daripada tindakbalas saraf di dalam otaknya, kerana ramai tidak percaya Pak Lah mempunyainya, atau kalau ada pun, tidak pernah digunakannya sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apa yang jelas, Pak Lah terus bongkak. Pak Lah terus angkuh dan Pak Lah terus biadap terhadap rakyat.

Adalah amat mengejutkan mengapa Pak Lah begitu tidak sensitif dan terus-terus bertindak negatif terhadap perasaan rakyat. Apakah para penasihatnya memang bahu pak Lah di lihat sedemikian. Tapi kalau benar, mengapa? Bukankah para penasihat harus memberi nasihat yang boleh membawa imej positif terhadap orang yang dinasihatinya. Baca baki entri ini »

Terkini: “Ahmad Said akan dipecat Umno sebaik angkat sumpah MB Terengganu”

KT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru hari ini, akan dipecat keahliannya dalam UMNO sebaik sahaja mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Surat peringatan berhubung pemecatan itu telah dikeluarkan oleh UMNO Terengganu dan diserahkan kepada Ahmad selepas diminta berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, tindakan pemecatan akan dilaksanakan oleh Badan Disiplin UMNO.

Derhaka perintah Istana? 23 Adun BN boikot majlis angkat sumpah MB Terengganu

KT: Kesemua 23 anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Terengganu akan memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Tetamu di sini, pagi esok jika Datuk Seri Idris Jusoh tidak dilantik semula untuk memegang jawatan itu.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata kesemua wakil rakyat terbabit kecuali wakil rakyat Kijal Datuk Ahmad Said, akan berbuat demikian jika nama lain diumum sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata ada di kalangan wakil rakyat terbabit yang sanggup meletak jawatan jika Idris tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar. Baca baki entri ini »