Bekas YDP Cameron Highlands meninggal dunia

KUALA LIPIS, 9 Sept (Hrkh) – Bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Cameron Highlands , Ustaz Kassim Yahaya 70, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Sabtu lalu.

Menurut, Yang Dipertua PAS Kawasan Cameron Highlands, Ahmad Ludin, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sejak 23 Ogos lalu kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Beliau dipercayai telah diserang seorang pemuda kurang siuman ketika pulang dari menunaikan solat Asar di Masjid, Kampung Keledek, dekat sini.

“Akibat serangan itu menyebabkan Allahyarham tidak sedarkan diri (koma),sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya,” kata beliau.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Helmiah Lebai Ghazali dan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.

Selain menjadi pengasas PAS kawasan Cameron Highlands , Allahyarham adalah bekas Yang Dipertua PAS kawasan Lipis.

Antara jawatan yang pernah disadang beliau, termasuklah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ketua Penerangan PAS Pahang, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pahang, Ahli Dewan harian PAS Pahang serta Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulama PAS Pusat.

Beliau bertanding sebanayak lapan kali didalam pilihan raya diatas tiket PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Jelai, Padang Tengku dan Parlimen Lipis. Al-Fatihah. – mks.

Tinggalkan komen