Kejohanan badminton PAS Jerantut tarik golongan muda

badminton.gifJERANTUT, 26 Jun – Pasangan Nazri Abu Seman dan Wan Rosli Othman muncul juara dalam pertandingan akhir Kejohanan Badminton Tertutup PAS kawasan Jerantut.

Sila layari http://www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau http://www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

ImagePasangan dari Jengka 8 itu menewaskan pasangan Rohaizad Abdul Rahman dan Mohd Sobri Mohd Rasid dengan ‘straight set’ 21-19, 21- 18 untuk menerima hadiah wang tunai RM200 Piala pusingan serta hamper manakala Naib Juara menerima wang tunai RM100 serta hamper.

Hadiah disampaikan oleh Yang DiPertua PAS kawasan, Dr Hamzah Jaafar sejurus selepas pertandingan akhir berlangsung di Kompleks Imam Syafie (Kias), Temin, dekat sini Ahad lalu.

Sebelum itu Hamzah merasmikan majlis penutup kejohanan dengan membuat ‘servis’ permulaan di gelanggang.

Kejohanan sehari itu disertai 16 regu daripada seluruh Jerantut dan pertama kali diadakan di Kias.

Pengarah Kejohanan, Mat Yunus Ismail berkata, ini adalah kali pertama PAS Kawasan Jerantut menganjur kejohanan seperti ini dan Kias menjadi gelanggang pertandingaNnya.

“Mungkin pada masa lain kita akan menganjurkan kejohanan lebih besar dengan penyertaan lebih ramai pemain.

“Kejohanan seperti ini mampu menarik peminat di samping mencungkit bakat pemain di kalangan pemuda Melayu,” ujarnya. – mks.

Tinggalkan komen