Mantapkan fungsi PAS dalam Pakatan Rakyat, jangan gadai prinsip! – Salahuddin

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Hrkh) – Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menggesa ahli dan kepimpinan Pemuda PAS agar melihat perkembangan pesaing utama di kalangan pemuda Pakatan Rakyat (DAPSY dan AMK) untuk memantapkan Pemuda PAS.
Selain berhadapan dengan Pemuda Umno yang menjadi pesaing utama kepada Dewan Pemuda PAS, kita juga turut bertemankan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) yang menjadi komplimenter dalam memperkasakan Pakatan Rakyat.

“Saya teruja melihat pemimpin-pemimpin muda yang muncul dan memimpin AMK dan DAPSY pada masa ini. Mereka adalah generasi baru yang mewakili aspirasi baru Malaysia yang menolak gagasan sempit yang berasaskan kaum atau sentimen-sentimen sempit yang lain.

“Mereka sekarang sedang bercakap soal ketelusan pentadbiran, keadilan undang-undang, keadilan sosial, kecekapan kerajaan dan kestabilan ekonomi yang menjadi isu pokok ke arah Malaysia sebuah negara maju dan berkebajikan,” kata Salahuddin dalam Imageucaptama sempena Muktamar Pemuda PAS ke-50 di Markas Taman Melewar hari ini.

Ujar beliau lagi, isu-isu yang bersifat perkauman, keagamaan yang sempit, sentimen kedaerahan dan seumpamanya sudah tidak relevan kepada generasi baru Malaysia. Inilah persoalan yang membuatkan parti-parti perkauman dalam BN kini kehilangan dukungan rakyat, khususnya golongan muda.

Bagi Dewan Pemuda PAS, perkembangan ini perlu dilihat secara positif, dan pemuda sendiri mesti berperanan secara positif juga supaya PAS terus diterima di pentas politik negara, katanya.

ImageBeliau percaya AMK dan DAPSY telah mempunyai rancangan-rancangan kerja jangka panjang masing-masing bagi menangani perubahan ini, maka generasi baru Pemuda PAS juga perlu membuat kajian dan perancangan yang lebih strategik dalam memperkukuh Pakatan Rakyat, katanya.

“Kita bukanlah “sleeping partner” kepada Pakatan Rakyat atau sekadar pelengkap sahaja, tetapi Pemuda PAS mahu PAS menjadi tulang belakang kepada kebangkitan Pakatan Rakyat dalam menamatkan kezaliman, penindasan dan penyelewengan BN,” katanya.

Pemuda PAS adalah tenaga utama dalam meningkatkan peranan PAS ini termasuk dalam Imagekerajaan dan dalam pakatan untuk mengembleng rakyat semuanya yang perlu diberikan suntikan perangsang yang baru, katanya.

“Saya bukan bermaksud supaya PAS menguasai Pakatan Rakyat dan parti lain menjadi pengikut kita, kerana saya sedar semua parti adalah komplimenter antara satu sama lain. Tetapi saya mahukan dalam apa aspek pun peranan dan sumbangan gerak kerja PAS dalam memperkasakan Pakatan Rakyat dipertingkatkan,” ujarnya.

Tujuan utama memberikan penekanan terhadap proses mempertingkatkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat ialah kerana mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan, ujarnya.

ImagePakatan Rakyat telah mendapat kepercayaan sebahagian besar rakyat di semenanjung ini dan BN kini hanya bertahan dengan sokongan pengundi dari Sabah dan Sarawak sahaja, katanya.

“Kita telah diberi peluang oleh rakyat untuk membuktikan apa yang kita war-warkan apabila lima buah negeri serta Wilayah Persekutuan telah berada di tangan kita dapat dimanifestasikan.

“Keyakinan rakyat ini mesti diterjemahkan kepada dasar-dasar kerajaan yang telus, bersih dan berkebajikan supaya kemenangan kita dapat dipertahankan. Memperkukuhkan Pakatan Rakyat adalah tanggungjawab kita bersama dan tidak timbul langsung soal kita ingin memisahkan diri daripada pakatan ini,” tegasnya.

ImageSalahuddin juga menyeru kepemimpinan tertinggi parti supaya dapat mengkaji secara mendalam peranan dan kedudukan PAS setelah setahun Pakatan Rakyat dibentuk, supaya dapat menilai dan memuhasabah pencapaian ke arah pembaikan.

Ahli-ahli juga PAS perlu memahami bahawa penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat bukanlah suatu yang tidak syar�ie atau dibuat semata-mata untuk kepentingan politik semasa sahaja.

Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat adalah berteraskan prinsip yang berbeza dengan kerjasama BN, katanya.

PAS akan tetap berpegang teguh dan istiqamah dengan dasar perjuangannya tanpa menggadai prinsip.

Ujarnya inilah yang membezakan PAS dalam Pakatan Rakyat dengan Umno dalam BN kerana ujarnya Umno bergabung dengan BN tetapi tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu./wann _

Salahuddin: Sokong ulama dan profesional

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menyeru kepada Pemuda agar terus memberi sokongan kepadan ulama, profesional dan aktivis untuk terus memimpin dan memperkuatkan parti tersebut.

“Saya tegaskan, tiga komponen ini harus bersatu – ulama, profesional dan aktivis PAS.

“Sekiranya ketiga-tiga ini bersatu, ulama terus memimpin PAS. (Bagi) profesional dan aktivis, jika patah salah satunya, maka akan runtuhlah PAS,” katanya.

muktamar 55 youth dpp 030609 salahuddin ayubBeliau berkata demikian dalam ucapan dasar terakhirnya sebagai ketua dewan tersebut yang disandangnya sejak tahun 2003 di Markaz Tarbiah PAS, Taman Melewar, malam tadi.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, pada masa yang sama, menyeru Pemuda PAS agar tidak melupai jasa aktivis PAS yang menjadi paksi kekuatan perjuangan parti tersebut semenjak PAS ditubuhkan pada tahun 1951.

“Mereka ini adalah golongan yang hanya mahu PAS menang, Islam menang. Itulah saja cita-cita mereka,” katanya.

Menurutnya, sejarah membuktikan bahawa kerjasama yang rapat dan padu antara ulama dan profesional telah wujud semenjak awal penubuhan parti tersebut.

Tiang seri perjuangan

“Kemunculan tokoh-tokoh profesional yang mendukung kepimpinan ulama dalam PAS pada era 1950-an seperti Dr Haji Abbas Alias dan Dr Pandak Ahmad Alang Samin (doktor perubatan)…. membuktikan golongan profesional tidak pernah terpinggir, bahkan memainkan peranan besar dalam mendukung kepimpinan ulamak,” katanya.

Oleh itu, Salahuddin menyifatkan golongan profesional sebagai tiang seri perjuangan manakala aktivis pula dianggap sebagai sebagai paksi kekuatan perjuangan PAS sekaligus memperlengkapkan gandingan mantap dan utuh bersama dengan para ulamak.

muktamar 55 youth dpp 030609 crowdDalam ucapan itu juga Salahuddin turut merumuskan dua pencapaian terbesar yang dicapai oleh dewan tersebut sejak beliau memimpin Pemuda PAS itu.

“Pertama, kita telah berjaya menganjakkan pendekatan politik bangkangan konfrontasi kepada politik bangkangan konstruktif,” katanya.

Menurut Salahuddin pendekatan tersebut meliputi cara “bersama-sama dengan kerajaan dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan negara dan menyalurkan kritikan dan cadangan yang konstruktif dalam menangani masalah pentadbiran negara.

“Kedua, dengan pendekatan-pendekatan baru itu, serta pendidikan politik yang lebih bersungguh-sungguh dan gerakan penerangan yang lebih meluas, Pemuda PAS telah berjaya melakarkan imej baru bagi PAS sebagai parti kepercayaan rakyat untuk menggantikan Umno,” katanya.

Kewibawaan sebenar

Dalam ucapannya, Salahuddin juga turut menyentuh gaya kepimpinan Pemuda PAS dengan bersiap sedia dan meningkatkan keupayaan mereka dalam mendepani era politik Malaysia yang telah berubah.

Katanya, pada waktu ini, PAS dilihat sebagai parti yang dilihat sebagai ‘bakal kerajaan’ atau “sekurang-kurangnya rakyat sudah mulai menerima bahawa PAS adalah kerajaan di beberapa buah negeri”.

muktamar 55 youth dpp 030609 stage“Tetapi, dalam banyak situasi rakyat belum percaya bahawa PAS boleh memimpin dan mengetuai urusan pentadbiran masyarakat, khususnya memerintah negara.

“Mereka tahu pemimpin PAS tidak merasuah, tidak menyelewengkan kuasa atau menyalahgunakan kuasa atau menyalahgunakan hakl rakyat, tetapi keyakinan mereka terhadap kebolehan PAS untuk mengendali urusan rakyat masih begitu rendah,” kata Salahuddin.

Ini kerana katanya, mungkin disebabkan oleh momokan Umno dan BN dan mungkin juga kerana PAS memperlihatkan kewibawaan yang sebenar.

Dalam ucapan selama kira-kira 55 minit itu, Salahuddin turut menasihatkan Pemuda agar sentiasa memanfaatkan perubahan politik yang berlaku lebih-lebih lagi dengan penerimaan kaum bukan Islam kepada parti tersebut.

PAS diterima bukan Islam

“PAS suatu masa dahulu telah dimomokkan oleh Umno, sebagai sebuah parti ‘pak lebai’ yang jumud, taksub, ekstrim dan bersikap keras terhadap bukan Islam.

“Alhamdulillah, pada hari ini hasil daripada penerangan dan dakwah yang berterusan, bertunjangkan nilai-nilai sejagat … PAS mula diterima oleh orang bukan Islam dengan begitu menggalakkan sekali,” katanya.

muktamar 55 youth dpp 030609 leaderSehubungan itu, beliau menyarankan bahawa sudah sampai masanya, PAS mewujudkan keahlian baru dalam PAS untuk bukan Islam untuk membolehkan mereka menjadi sebahagian daripada organisasi tersebut.

Menyentuh mengenai bagaimana pendekatan Pemuda PAS untuk mendekati dan seterusnya mendapat sokongan dari golongan muda, Salahuddin mencadangkan cara baru dengan untuk mendekati golongan tersebut.

“Dewan Pemuda PAS, mesti melihat bagaimana caranya kita dapat menggembleng media baru yang lebih interaktif hari ini dalam menarik minat dan sokongan golongan muda.

“Saluran-saluran interaktif di atas talian seperti blog, facebook, yahoo messenger, SMS, dan seumpamanya mesti dimanfaatkan supaya ruang dakwah kita terbuka dengan seluas-luasnya meliputi seluruh ruang alam yang ada,” katanya.

Nasihat Buat Yang Kalah,Wasiat Buat Yang Menang

Tuan1Salam sahabat-sahabat pimpinan yang dikasihi,
Bacalah sebuah nasihat yang berguna untuk YANG MENANG dan YANG KALAH oleh Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man. Semalam yang berbahagia ustaz email kepada saya [ UYE ] .

SUKA DUKA MAT
(Mesyuarat Agung Tahunan)Mesyuarat Agung Kawasan dan Dewan-Dewan baru berlalu, kini seluruh tumpuan dihalakan kepada pemilihan dalam muktamar PAS Pusat. Pelbagai cerita suka duka, tawa dan tangis didengar dalam keriuhan suasana mesra jamaah.
Itulah keindahan perjuangan Islam. Kita membina ukhuwah Islamiah dalam jamaah mengatasi kepentingan peribadi. Kemanisan perjuangan ini tentulah tidak lahir secara spontan, Bahkan ianya lahir melalui tarbiyah samada secara formal atau imformal.
Semua kita sangat sayangkan suasana ukhuwwah ini, kerana kita yang bersama dalam perjuangan di dunia mengharapkan agar Allah mengumpulkan kita dalam majlis yang diredhaiNya diakhirat.
HAKIKAT PENCALONAN
Kita menyedari bahawa kita bukanlah insan terbaik dalam jamaah, kita bukanlah ahli yang hebat dengan keilmuan sehingga mampu menerangi cahaya bagi menyuluh jalan agar Allah redha kepada kita, kita bukanlah ahli ibadah yang hebat, mampu menangis di hadapan Allah setiap malam dikala manusia lain sedang nyenyak tidur, dan kita juga bukanlah pemimpin terbaik.
Kita hanya menawar diri itupun setelah ada orang lain mencalonkan kita; terkadang kita malu dengan pencalonan itu, kerana kita mengetahui kelemahan diri kita, namun apa daya kerana kita tidak mampu menjawab hisaban di akhirat bilamana mengecewakan harapan jamaah.
Lantaran ianya hanya tawaran diri, tentulah kita tidak akan kecewa bilamana kita tidak dipilih. Apa yang nak ditangisi dan disesali diri, kalau ianya adalah satu keringanan hisaban di akhirat ? Baca baki entri ini »

Nizar MB Perak sah

mbperakbigKUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim DatukAbdul Aziz Abdul Rahim memutuskan perkara itu selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan dan tiada sebarang usul undi tidak percaya yang dilakukan terhadapnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mahkamah juga menolak permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak tetapi boleh mengemukakan rayuan rasmi.

Nizar berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini.

Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh zambry akan dikaji semula dan bukannya tidak sah sehingga notis seterusnya kecuali sidang DUN pada 7 Mei lalu.

“Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

“Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009,”katanya.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak Baca baki entri ini »

15 Ribu Rakyat Hadir di Pejabat Pas Kawasan kg Embun Untuk Dengar Ucapan Nizar Tentang Kemelut Di Perak

MARAN – Lebih 15,000 orang penyokong Pakatan rakyat telah hadir beramai-ramai bagi mendengar ceramah umum yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak yang sah dan juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, YAB Dato’ Seri Ir.Nizar Jamaluddin (foto) di Markas PAS, Kg.Embun dekat sini malam tadi. rakyat yang hadir berbondong-bondong tanpa mengira kaum telah datang serta sanggup bersusah payah untuk hadir biarpun tidak diberikan sebarang imbuhan oleh pihak penganjur. Inilah bukti bahawa rakyat Pahang juga sudah menerima satu “anjakan paradigma” untuk melakukan perubahan besar dalam pilihanraya umum akan datang pastinya. Tinjauan krew kami mendapati, kehadiran rakyat yang ramai itu telah mencipta satu sejarah baru buat Pakatan Rakyat di parlimen Maran dan negeri Pahang khasnya. Kelihatan deretan kenderaan yang diletakkan ditepi jalan Temerloh-Maran sejauh satu hingga dua kilometer jaraknya. Suasana program ceramah Pakatan Rakyat malam tadi sungguh meriah dan berjaya memecahkan rekod kehadiran rakyat semasa kunjungan Ketua Umum PKR ke Kuantan baru-baru ini. Malah, kutipan derma orang ramai yang mencecah RM13,000 jelas sekali menggambarkan bahawa rakyat sanggup memberi sokongan dana sebanyak mana sekali pun demi sebuah perjuangan. Turut berceramah malam tadi ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, YB Teng Chang Kim dan ADUN Tras iaitu YB Choong Siew On. Pengerusi majlis ceramah malam tadi telah dikendalikan oleh Peguam PAS Pahang iaitu saudara Abdullah Abdul Karim Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Isu semasa. 1 Comment »

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis

7d08ce96b316ed5678a8fe2e7987a99aKemaskini 9.20pm Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur – dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi esok.

Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang – kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu.

Salahuddin memberitahu Malaysiakini, beliau terdengar jeritan Mohamad “aku kena tangkap” sebelum bergegas menuju ke arahnya yang sedang dikelilingi kumpulan anggota polis tersebut.

Beliau dan ahli PAS itu, yang dikenali Ali Maidin, bergelut seketika dengan anggota-anggota polis untuk menyelamatkan Mohamad tetapi diheret ke tepi oleh pihak berkuasa itu.

Salahuddin menambah, tiada waran tangkap terhadap Mohamad dikeluarkan dan tiada pegawai polis memperkenalkan diri sewaktu penahanan tersebut.

Beliau kini sedang mendapatkan bantuan peguam PAS Hanipa Maidin untuk tindakan lanjut. Baca baki entri ini »

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Maran kali ke 29 .

ceriaMARAN :- PAS Kawasan Maran telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agong Kali Ke- 29 pada 25hb April 2009 (sabtu) baru-baru ini di Madrasah Saadah Addaarani, Chenor, Pahang. Mesyuarat Agong tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr Suti Mariah Mahmud.. Seramai 190 orang perwakilan dari 39 cawangan-cawangan PAS di seluruh Kawasan Maran telah hadir.
Mesyuarat pada tahun ini dianggap penting kerana berlaku pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan setelah AJK yang dipilih pada tahun 2009 telah genap 2 tahun pada tahun ini.

Ucapan Yang DiPertua PAS Kawasan Maran, Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman dalam ucapannya meminta setiap ahli bersedia untuk menjadi pemimpin apabila diperlukan.Katanya, beliau membayangkan tempoh kepimpinannya sudah sampai ke penghujungnya dan memerlukan kepimpinan baru.

Dalam Ucapan perasmikan  Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmood yakin masa depan PAS adalah cerah berikutan sokongan dan keyakinan rakyat terhadap PAS bersama Pakatan Rakyat dan untuk berkuasa PAS memerlukan sokongan daripada seluruh lapisan masyarakat termasuk bukan Islam. Baca baki entri ini »

ADAB MENEGUR PIMPINAN

pasKEWUJUDAN kepemimpinan yang stabil bagi sesebuah negara dilihat sebagai satu aspek penting dalam Islam. Tanpa kepemimpinan yang positif dan ikhlas berjuang, kepentingan rakyat tidak akan mampu ditadbir dengan baik. Apabila masyarakat dibiarkan tanpa pemimpin nescaya keadaan akan menjadi huru-hara di mana golongan kuat menindas yang lemah.

Tanpa pemimpin, undang-undang rimba akan ditegakkan dan kezaliman bermaharajalela. Justeru, urusan kepemimpinan adalah antara satu dasar utama dalam Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal salih daripada kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemimpin di bumi, seperti Dia menjadikan orang sebelum mereka khalifah yang berkuasa.” (Surah al-Nur, ayat 55) Baca baki entri ini »

Masalah Air semakin Parah di sekitar kawasan Maran

datotanMARANKerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Pekalan Air Negeri (JBA) diseru dan diharap dapat menyelesaikan masalah air yang sudah lebih 30 tahun membelenggu masyarakat Felda di seluruh negeri ini. Mengikut maklumat yang diterima, masalah air itu kini dilihat semakin parah apabila semakin banyak penempatan dan pembangunan baru dilaksanakan sekitar kawasan terbabit. Isu ini pernah didedahkan oleh TV3 beberapa tahun yang lalu. Namun jawapannya tetap sama “kos baik pulih tinggi”,”kerajaan tidak berduit” serta macam-macam lagi alasan yang sudah tidak terdaya lagi untuk diterima oleh masyarakat kawasan Felda di negeri ini. Tinjauan kami mendapati kawasan penempatan Felda yang paling serius dan “parah” menghadapi masalah ini ialah Gugusan Wilayah Mempaga dan Gugusan Wilayah Jengka Baca baki entri ini »

Pemuda Pas Kawasan Maran dapat ketua baru

ketua-pemudaMaran 20.4.09 – Dewan Pemuda Pas Kawasan Maran diterajui oleh ketua baru untuk sesi 2009-2011. Mesyuarat agung DPP Maran kali ke 27 berlangsung pada hari ahad 19.04.2009 yang lalu , Didalam pertandingan ini Al Fadhil Ustaz Khairul Azmi Al Hafiz,bekas ketua penerangan yang lalu (gambar) telah .dipilih oleh perwakilan sebagai ketua Pemuda DPP Maran 2009-2011 yang baru.untuk 2 tahun yang akan datang Mesyuarat telah berlangsung di Pasti Al Barakah bandar Maran dan telah dirasmikan oleh Yang bahagia Saudara Hasanuddin Bin Salim Setiausaha DPP Negeri Pahang.