KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009 _

Bagan Pinang : PAS Mahukan jawapan Polis, Pengundi Wajib Tolak Parti Samseng

kena pukul

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi.

Sebelum itu, beberapa pemuda PAS turut diserang oleh ratusan Pemuda Umno di Taman Dato Hj Abdul Samad petang semalam. Tindakan ganas Pemuda Umno ini mencemar suasana Pilihanraya yang sepatutnya berjalan dengan aman.

Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang, di Ijok peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.

Peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen, Abdul Samad Ghul; pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan Saudara Osman Talib hingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis.

Polis sememangnya mengetahui bahawa Umno mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban.

Bukan sahaja ahli PAS, sesama Umno juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemenceh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan di Bahagian Tampin membuktikan bahawa Umno sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Kes ini telah disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan yang kini sudah menjadi Ketua Polis Negara.

PAS menuntut agar pihak Polis mengambil serius akan kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu adalah Pemuda Umno. PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera.

PAS juga mendesak agar rakyat Bagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN mempunyai rekod rasuah yang buruk dalam pemilihan Umno. Kini, beliau bertanding di Bagan Pinang dan keadaan menjadi lebih buruk lagi kerana samseng serta kaki pukul digunakan bagi membantu beliau berhadapan dengan calon Pas yang ternyata bersedia berkorban untuk rakyat.

Kita tidak mahu kes pembunuhan di Gemenceh berulang barulah Polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan. PAS menyeru agar pengundi menghukum BN dengan menolak pemimpin rasuah dan parti samseng di Bagan Pinang.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Jenazah Noordin Dikebumi Petang Tadi

noordin_top_mmPetikan dari Blog Pahangdaily:PONTIAN, 2 Okt – Jenazah Noordin Mohd Top (foto) selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Melayu Pontian Besar Kiri pada jam 6.45 petang tadi. Upacara pengkebumian itu yang dihadiri ahli keluarga Allahyarham dan ratusan penduduk kampung itu berlangsung dengan kawalan polis. Sebahagian hadirin melaungkan takbir sebanyak tiga ketika jenayah Noordin dibawa ke liang lahat untuk dikebumikan. Terdahulu, jenazah beliau yang dibawa dengan van Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tiba di sini pada jam 6 petang tadi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Melayu Pontian, kira-kira dua kilometer dari tanah perkuburan. Jenazah beliau dibawa pulang dari Jakarta dengan pesawat Malaysia Airlines MH 710 tengah hari tadi dengan diiringi isteri pertama Noordin, Rahmah Rusdi, dan abang Noordin, Yahya, serta adik iparnya Firdaus Rusdi. Noordin yang selama sembilan tahun menjadi buruan utama polis Indonesia kerana dipercaya menjadi dalang beberapa pengeboman, termasuk yang terbaru di Hotel Ritz Carlton dan JW Marriott di sini, ditembak mati oleh polis di sebuah rumah di Solo, Jawa Tengah pada 17 September. Tiga rakan pengganasnya turut ditembak mati di dalam rumah itu, di mana polis menemui 200 kilogram bahan letupan, senjata api dan pelbagai dokumen berkaitan kegiatan mereka.

Pengajaran kes ini, terkadang bila manusia terlalu ganas membunuh dan menzalimi umat Islam maka pasti ada yang bangkit untuk berjihad dan membalas dendam. Inilah yang berlaku kepada Allahyarham Noordin, beliau rela mati setelah tidak tahan melihat setiap hari semakin ramai umat Islam mati di bumi Palestin dan negara Islam lain akibat dibunuh oleh puak-puak Yahudi. Memang sudah menjadi traidisi bila manusia matu kerana memperjuangkan hak mereka, maka akan dianggap sebagai pengganas. Walhal, rahsia disebalik tindakan mereka itu adalah untuk memberi pengajaran kepada bangsa Yahudi supaya jangan terus berlaku zalim terhadap umat Islam. Al-Fatihah buat roh beliau, semoga ditempatkan dikalangan orang soleh dan mendapat rahmat dariNya].