Ayah Chik kini 61 tahun

Hari ini dengan izin Allah swt genaplah 61 tahun usia Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang. Tuan Guru dilahirkan pada bulan Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober, 1947 di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Tuan Guru merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Hj. Awang Mohamad bin Abd Rahman manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf, kedua-duanya telah pun kembali ke rahmatullah.

Beliau kini merupakan antara satu-satunya ulamak yang memimpin gerakan Islam diperingkat dunia pada hari ini. Cekal, konsisten dan berprinsip dalam memikul amanah yang diberikan oleh jemaah.

Saya percaya semua kita yang cinta dan menghargai perjuangan Islam ini berkongsi harap bersama Nik Hassan apabila beliau menukilkan dalam posting nya:

“Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. Semoga Tuan Guru dikurniakan nikmat panjang umur dan bagi meneruskan perjuangan ini. Semoga perjuangan Tuan Guru terus berterusan dengans emangat yang membara dengan obor perjuangan Islam yang berpandukan al Quran dan as Sunnah.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: