Asyik bercakaran, BN diseru lepaskan kerajaan pada Pakatan Rakyat

TEMERLOH, 21 Mei (Hrkh) – Pemimpin Umno dan Barisan Nasional perlu melepaskan kerajaan yang dikuasainya kepada pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka tidak lagi fokus kepada amanah yang diberikan untuk menjaga negara dan rakyat sebaliknya menggunakan sepenuh masa bercakaran sesama sendiri yang sehingga kini tiada kesudahannya.

Desakan dibuat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dalam ceramah yang diadakan di Darul Amin, Sungai Gau, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut Mujahid, adalah merugikan rakyat dan negara jika pemimpin yang tidak beramanah ini terus berkuasa sedangkan rakyat mengalami pelbagai krisis yang memberikan kesan besar terhadap kesejahteraan hidup terutama dalam menghadapi suasana peningkatan harga barangan keperluan seharian.

“Perbalahan pemimpin Umno dan BN sekarang semakin parah. Perbalahan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir dan Pak Lah. Mereka, pemimpin Umno akan dedah pekung di dada kerana perbalahan yang berpanjangan. Mereka tak malu walau pun umur dah 62 tahun. Kalau orang ni dah ada cucu berbalah depan cucu, malulah sikit.

“Bila mereka kalah besar dalam pilihan raya baru ni mereka bergaduh tak boleh tumpu pada tanggung jawab jaga rakyat jaga negara. Mereka kehilangan fokus, sebab itu kita minta tinggalkan pemerintahan dan beri saja pada Pakatan Rakyat,” katanya.

Tambah Mujahid, kehilangan majoriti dua pertiga BN menyebabkan mereka kehilangan kuasa di Parlimen bagi meluluskan perkara-perkara besar membuktikan kerajaan yang dibentuk tidak berwibawa serta meresahkan pemimpin Umno akan kehilangan kuasa terutama atas isu adanya wakil mereka dari Sabah dan Sarawak akan menyertai Pakatan Rakyat.

“Umno/BN sendiri sudah tak ada kuasa dua pertiga. Mereka tak boleh lulus perkara besar dan penting. Mereka kehilangan kuasa kerana undi dari penyokong mereka dalam Parlimen tak cukup.

“Mereka juga bimbang sekarang atas isu mungkin akan berlaku wakil mereka dari Sabah dan Sarawak akan sertai Pakatan Rakyat. Di Parlimen wakil Sabah dan Sarawak hentam BN kukup kuat kerana membiarkan negeri pantai timur kemunduran. Ini meresah dan membimbangkan pemimpin Umno,” katanya. – mns

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: