Tokoh kemerdekaan-Burhanuddin Al-Helmy

Burhanuddin Al-Helmy Flag

Latar Belakang -Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor dilahirkan pada 28 Ogos 1911 di Changkat Tualang, Perak.

Burhanuddin Al-Helmy mendapat pendidikan awal di kelas Al-Quran dan agama dan sekolah Melayu. Dia dihantar ke Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatra Barat pada tahun 1924 hingga 1926.
Pada tahun 1926, Burhanuddin Al-Helmy meneruskan pelajarannya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Seterusnya dari situ ke Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiah, Pulau Pinang hingga tamat kelas senawi pada tahun 1934. Baca baki entri ini »

Advertisements

Tanggungjawab membela agama perlu diutamakan

logo.jpgTajdid Iman:
Bersama Dr Juanda Jaya

RISALAH Islam lahir membawa idealisme kebebasan menyeru kepada kemerdekaan manusia. Hal ini jelas tersirat dalam ucapan utusan Duta Islam yang membawa watikah kepada Panglima Maharaja Parsi, Rustum.

Islam menyeru umatnya berlaku adil sesama manusia terhadap musuh. Khalifah Umar bin al-Khattab pernah memanggil anak Gabenornya, Amru bin al-’Ash ketika itu menjadi Gabenor di Mesir, selepas seorang pemuda Mesir mengadukan perihal kezaliman putera ‘Amru yang memukulnya dengan sebatang kayu. Baca baki entri ini »

Mangsa Dera: Bayi comel koma akhirnya meninggal

dera2708naim11.jpgPETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan, dipercayai mangsa penderaan, telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dekat sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata mangsa Mohd Naim Almazaadi, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) SJMC sejak Rabu lepas, meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Mohd Naim, anak bongsu dari tiga beradik dan tinggal di Putra Heights, dekat sini, dikejarkan ke hospital berkenaan oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah dipercayai menjadi mangsa dera pembantu rumahnya. Baca baki entri ini »

Pilihan raya umum: Negara kebajikan, tabung biasiswa antara tawaran PAS

 nash_122.jpg

TEMERLOH, 28 Ogos (Hrkh) – Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yakin PAS mampu menjadikan Malaysia sebagai negara kebajikan sekiranya PAS diberi mandat untuk memerintah.

Menurutnya , Malaysia mempunyai sumber ekonomi yang banyak seperti minyak, gas dan sebagainya tetapi kekayaan tersebut tidak dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat sebaliknya diguna untuk tujuan lain. Baca baki entri ini »