Gamis turut bantah konsert Gwen Stefani

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) – Sensitiviti rakyat di negara kita yang mengamalkan budaya sopan santun dan budi pekerti yang tinggi haruslah dijaga.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) bersetuju dengan pertubuhan-pertubuhan NGO lain yang membantah penganjuran konsert Gwen Stafani pada 21 Ogos ini yang bakal dianjurkan oleh Maxis.

Presiden Gamis, Mohd Dzul Khairi Mohd Noor berkata Maxis seharusnya mengkaji balik desakan-desakan ini, dan bukan hanya sekadar memekakkan telinga.

“Penganjuran konsert sebegini akan mengakibatkan terhakisnya budaya intelektual di kalangan belia dan remaja, dan kehidupan mereka lebih terarah kepada hiburan semata-mata. Jangan biarkan budaya hedonisme ini meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak muda seterusnya membunuh jatidiri mereka sendiri,”jelasnya.

Gwen yang biasa berpakaian ala-sukan, dan menampilkan diri dengan agak berani disifatkan sebagai berpakaian secara mendedahkan dan bertentangan dengan budaya serta adat ketimuran.

Gamis dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily menyatakan pendirian mereka bahawa Gamis menentang penganjuran tersebut memandangkan kesan daripada penganjuran konsert secara besar-besaran ini akan mengakibatkan remaja semakin lalai dengan aktiviti hiburan dan secara tidak langsung meningkatkan gejala sosial dalam negara.

“Usahlah kita biarkan bulan kemerdekaan negara kita dicemari dengan kehadiran artis barat yang berpakaian menjolok mata ini.Hal ini juga bertentangan budaya dan nilai-nilai yang di amalkan oleh masyarakat di negara kita,”tegasnya.

Walaupun begitu, Gamis juga telah menyatakan persetujuan untuk memberikan idea dan pandangan kepada pihak maxis dalam perkara ini.

Tambah Dzul Khairi, pihak maxis sepatutnya mengambil kira pandangan daripada tokoh-tokoh agama dan ahli akademik dalam hal ini.

Terdahulu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) membantah penganjuran konsert tersebut pada 21 Ogos depan – sebagai sebahagian daripada jelajah “Sweet Escape” Stefani – kerana latarbelakang dan sejarah aksi dan pemakaian penyanyi itu yang dianggap lucah.

Presiden PKPIM, Mohd Hilmi Ramli berkata, remaja Malaysia akan terdedah kepada keruntuhan akhbar jika konsert seumpama itu dibenar diadakan di negara ini.

Katanya, tayangan iklan di televisyen mengenai konsert itu sangat melucahkan dan memberi kesan buruk kepada kanak-kanak.

Sehubungan itu, Mohd Hilmi menggesa pihak penganjurnya supaya membatalkan konsert terbabit atau berdepan dengan campurtangan PKPIM.

PKPIM sebelum pernah membantah penganjuran konsert oleh artis luar negeri termasuk Pussy Cat Dolls, Scorpions, Michael Jackson dan Linkin Park. Tahun lalu, pihak berkuasa Malaysian telah mengenakan denda $10,000 terhadap promoter musik yang menganjurkan konsert Pussycat Dolls.

Sementara itu Maxis, syarikat induk Hotlink, penaja utama konsert tersebut berkata, konsert akan diteruskan kerana ia sudah diluluskan oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, dalam kenyataannya, Maxis berkata, pihaknya menghormati nilai dan adat resam di negara ini.

Pengurus Besar Persembahan dan Penyelidikan Media Maxis, Rozalita Abdul Rahman berkata, pihaknya akan mematuhi peraturan dan garispanduan – sama ada di segi pakaian ataupun aspek keselamatan – semasa konsert itu diadakan. – mks.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: