Harap teguran Dato’ Tan Aminuddin Ishak ikhlas

acf1519.jpgMaran  28 Jun – Dewan Pemuda PAS Pahang berharap teguran Timbalan Menteri Besar Pahang, Dato’ Tan Aminuddin Ishak terhadap guru supaya jangan menentang arus ia itu mencampur aduk kegiatan siasah dengan tugas guru terpakai untuk semua parti politik.

Ketua penerangan pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim berkata, pihaknya bersetuju dengan teguran beliau jika teguran tersebut ikhlas dan membabitkan semua guru termasuk guru-guru yang menjadi memimpin Umno di kampung-kampung.

Ini kerana, ramai guru-guru terlibat aktif didalam Umno dan menjadi pemimpin parti itu yang kadang kala menjejaskan pembelajaran murid-murid kerana guru tersebut sibuk berpolitik dan menganggap kebal daripada tindakan oleh majikanya.

Berbeza dengan guru-guru yang cenderung kepada PAS atau Keadilan yang bukan menjadi pemimpin kedua-dua parti itu, maka segera diambil tindakan oleh majikan biasanya diatas arahan pemimpin politik.

Difahamkan selepas pilihan umum ke 1999, beberapa orang guru disebuah sekolah rendah di Cenur telah ditukarkan serta merta atas arahanya Timbalan Menteri itu sendiri dan kini beliau mengungut lagi kerana tarikh pilihan raya semakin hampir.

Abdullah berkata, dari sudut undang-undang kedudukan penjawat awam adalah sama penyokong Umno dan PAS adalah setaraf dan tiada perbezaan kerana mereka tertakluk kepada peraturan 21, pentadbiran awam (kelakuan dan tatatertib) 2001.

Menurutnya, kakitangan awam didalam kumpulan A dilarang terlibat dengan politik meliputi semua pertubuhan siasah manakala kakitangan kumpulan B boleh terlibat dengan pertubuhan politik tetapi perlu mendapat kebenaran daripada ketua jabatan masing-masing.

Katanya peraturan ini terpakai untuk semua kakitangan awam termasuklah kakitangan awam yang pemimpin Umno, ia tidak terkecuali.

Abdullah menyifatkan kenyataan Dato’ Tan Aminuddin seperti dipetik sebuah akhbar harian 26 Jun 2007 adalah suatu ugutan terhadap guru yang tentunya ditujukan kepada guru-guru yang cenderung menyokong PAS atau Keadilan.

Tegas Abdullah, kakitangan kerajaan khususnya guru-guru tidak harus takut untuk menyokong mana-mana parti politik kerana sokongan mereka itu bukanlah merupakan suatu kesalahan dari sudut undang-undang.

“Guru-guru atau kaitangan kerajaan tidak perlu takut untuk menyokong mana-mana parti politik termasuk PAS kerana ia bukanlah suatu kesalahan dari segi undang-undang.

“Malah jika ada undang-undang yang menyekat kakitangan awam menyokong pertubuhan siasah ia terpakai untuk semua parti politik termasuk menyokong Umno itu sendiri,” Kata Abdullah yang juga seorang peguam.

Justeru itu, Abdullah menasihatkan mana-mana kaitangan awam atau guru-guru supaya jangan takut untuk menyatakan pendirian politik mereka.

Kejohanan badminton PAS Jerantut tarik golongan muda

badminton.gifJERANTUT, 26 Jun – Pasangan Nazri Abu Seman dan Wan Rosli Othman muncul juara dalam pertandingan akhir Kejohanan Badminton Tertutup PAS kawasan Jerantut.

Sila layari http://www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau http://www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

ImagePasangan dari Jengka 8 itu menewaskan pasangan Rohaizad Abdul Rahman dan Mohd Sobri Mohd Rasid dengan ‘straight set’ 21-19, 21- 18 untuk menerima hadiah wang tunai RM200 Piala pusingan serta hamper manakala Naib Juara menerima wang tunai RM100 serta hamper.

Hadiah disampaikan oleh Yang DiPertua PAS kawasan, Dr Hamzah Jaafar sejurus selepas pertandingan akhir berlangsung di Kompleks Imam Syafie (Kias), Temin, dekat sini Ahad lalu.

Sebelum itu Hamzah merasmikan majlis penutup kejohanan dengan membuat ‘servis’ permulaan di gelanggang.

Kejohanan sehari itu disertai 16 regu daripada seluruh Jerantut dan pertama kali diadakan di Kias.

Pengarah Kejohanan, Mat Yunus Ismail berkata, ini adalah kali pertama PAS Kawasan Jerantut menganjur kejohanan seperti ini dan Kias menjadi gelanggang pertandingaNnya.

“Mungkin pada masa lain kita akan menganjurkan kejohanan lebih besar dengan penyertaan lebih ramai pemain.

“Kejohanan seperti ini mampu menarik peminat di samping mencungkit bakat pemain di kalangan pemuda Melayu,” ujarnya. – mks.

Dana Taqwa Pas Pahang bayar hampir RM110 ribu

TEMERLOH 26 Jun – Dana Taqwa PAS Pahang telah membayar hampir RM110, 000 kepada 20 pesertanya yang meninggal dunia dan manfaat Hospital.

Pengurus Dana Tawqa, Puan Azie Abdul Aziz berkata, seramai lapan orang ahli Dana Taqwa yang meninggal dunia sejak 2005 memperolehi manfaat RM10,000 manakala seorang yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya mendapat manfaat sebanyak RM20,000. 11 orang lagi mendapat bayaran manfaat hospital berjumlah RM 3,500.

Azie berkata, Dana Taqwa melancarkan skim baru iaitu Pelan Takaful Keluarga Berkelompok (warga Emas).

Menurutnya, pelan baru ini memberi manfaat kepada orang ramai yang telah mencapai usia 65 tahun sehingga 75 tahun untuk sama-sama memberi sumbangan kepada PAS disamping mendapat manfaat sehingga RM1500 sekiranya meninggal dunia.

Difahamkan peserta skim ini akan dikenakan bayaran caruman sebanyak RM180 setahun atau RM15 sebulan termasuk wakaf kepada PAS negeri dan caj pengurusan.

Setakat ini hampir 1000 orang ahli PAS telah menyertai skim Dana Taqwa itu iaitu skim takaful berkelompok yang memberi manfaat sehingga RM10,000 kepada peserta yang meninggal dunia.

Sementara itu, orang ramai kini boleh membuat urusan Takaful Kenderaan Berenjin dan Gadai Janji di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, di Jalan Sudirman 6, dekat sini, yang diuruskan oleh Mekar Network.

Menurut pengurus besar Mekar Network, Roslan Al Ahmadi, pihaknya sudah mendapat kelulusan dan menjadi perantara peserta (PP) kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad untuk mengendali kedua-dua skim Takaful itu disamping menguruskan pengedaran produk Halal lain.

Sebagai permulaan, jelasnya kedua-dua produk Takaful itu hanya diurus di Ibu Pejabat Mekar Network sahaja , sebelum diperluaskan keseluruh negeri melalui rangkaian agen Mekar Network di semua daerah.

“Kita akan mengkaji untuk memperluaskan skim ini keseluruh negeri melalui rangkaian Mekar Netwok sedia ada selepas tempoh percubaan selama tiga bulan,:” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim Takaful Berenjin dan gadai Janji ini boleh menghubungi talian 013-9315738 (zai) atau 013-9982311 (Amy).

Roslan yakin produk Takaful dan barangan halal keluaran muslim ini mampu dikembangkan jika orang ramai terutama umat Islam memahami kenapa mereka wajib menyokong produk halal keluaran pengusaha muslim.

“Umat Islam adalah majoriti dinegara ini tiada sebab produk halal keluaran muslim tidak mendapat smbutan daripada umat Islam, sedangkan ia adalah halal dan suci dari segi syariat,” katanya.

Kabinet PAS Pahang sedia hadapai pilihan raya ke-12

TEMERLOH 24 Jun (Hrkh) – Beberapa jawatan dalam kabinet PAS Pahang mengalami rombakan dengan perlantikan Dr Hamzah Jaafar sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Zon Barat serta Syed Abdul Rahman Alkharib sebagai Ketua Penerangan yang baru.

Pesuruhjaya negeri, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kepada Harakahdaily selepas mempengerusikan mesyuarat penuh Badan Perbubungan Negeri di Pejabat Perhubungan PAS Pahang semalam.

Menurutnya, tumpuan dan komitmen negeri ialah kepada pilihan raya umum ke-12 serta beberapa program yang telah dirancang.

Mejar (B) Abdul Aziz kekal. Timbalan Pesuruhjaya PAS Zon Tengah manakala Timbalan Pesuruhjaya Zon Timur juga kekal disandang Ustaz Yusuf Embong yang turut menyandang jawatan sebagai Ketua Lajnah Tarbiah.

Setiausaha Badan Perbubungan, Abdul Majid Hasan, Bendahari Musanif Abdul Rahman turut mengekalkan jawatan masing-masing begitu juga dengan Pengarah Jabatan Pilihan raya negeri kekal disandang Mejar (B) Abdul Aziz Yaakub.

Tujuh jawatankuasa tambahan yang dilantik adalah terdiri daripada pendidik, pendakwah, peguam serta ahli profesional.

Mereka ialah Ustaz Suhaimi Md Saad (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang), Puan Salmi Md Noor (Ajk Dewan Muslimat pusat ), Abdullah Abdul Karim (peguam), Alawiyah Ahmad (pendidik), bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Raub, Abdullah Suhaimi Lebai Saad, Dr Nilam Abdul Manaf dan Azizan Darus.

Dr Hamzah Jaafar 42, yang baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Zon barat adalah seorang ahli perniagaan merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jerantut berkelulusan pHD daripada Universiti Of Colombo. Beliau adalah bekas pensyarah di Akedemi pengajian Islam Universiti Malaya manakala Syed Abdul Rahman AlKharib 47, adalah lulusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti of Indiana, Amerika Syarikat.

Dato’ Tuan Ibrahim yakin gandingan ahli jawatan baru dan lama akan melahirkan pasukan mantap bagi menghadapi cabaran pilihan raya umum ke-12 akan datang. – mns

Isu Rushdie himpunan bantahan selepas solat Jumaat di masjid Ar-Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Hrkh) – Himpunan sejuta umat Islam bagi membantah keras anugerah ‘Sir’ kepada penulis buku `The Satanic Versus’, Salman Rushdie terus diadakan untuk membuktikan bahawa umat Islam tidak boleh diperkotakkatikkan. Esok perhimpunan akan diadakan di pekarangan Masjid Ar-Rahman, berhampiran Universiti Malaya (UM) selepas solat Jumaat.

Himpunan besar-besaran anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pula akan diadakan di hadapan Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini selepas solat Jumaat (29 Jun). Peserta kemudiannya akan berarak ke kedutaan AS.

Selain membantah keras anugerah Sir kepada Rushdie, himpunan itu turut mengutuk campurtangan Barat terhadap konflik di Palestin.

Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembela Islam, Ustaz Ridwan Mohd Nor merayu umat Islam seluruh negara turun menyertai bantahan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, pimpinan tertinggi PAS, pimpinan NGO Islam serta mahasiswa dijangka akan turut bersama dalam himpunan itu. – lanh

Bawalah Islam ke tengah masyarakat

 

Akhbar tempatan hari ini melaporkan darihal ENGAGEMENT yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat yang telah mengunjungi Pejabat Majlis Belia Malaysia MBM semalam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasruddin Hassan at Tantawi telah mengetuai rombongan dalam kunjungan hormat berjumpa dengan Presiden MBM Datuk Shamsul Anuar Nasarah. Menurut laporan akhbar THE STAR ini merupakan kali pertama Pemuda PAS menjalinkan hubungan dengan MBM.

Menurut akhbar tersebut lagi Ustaz Nasruddin dipetik sebagai berkata bahawa membenteras jenayah, dadah dan mengatasi masalah pengangguran serta membentuk generasi pemuda yang berguna sesungguhnya merentasi batas politik dan agama. Dalam kunjungan itu Ustaz Nasruddin menegaskan komitmen Pemuda PAS untuk bersama-sama MBM dalam menangani isu yang melibatkan permasalah golongan muda.

Langkah proaktif Pemuda PAS ini sangatlah dialu-alukan khususnya dalam keadaan rakyat sedang membicarakan darihal masalah kebejatan sosial yang melibatkan golongan muda dalam negara. Pendedahan darihal penglibatan anak-anak muda dalam kegiatan jenayah, maksiat (terbaru termasuklah pendedahan akhbar Metro mengenai klip video perlakuan seksual anak-anak sekolah menengah) dan dadah sangat kritikal dan memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak.

Kita sekali-kali tidak akan berjaya membentuk rakyat yang berminda kelas pertama sekiranya generasi muda kita dalam keadaan lalai dan longgar seumpama hari ini. Mudah-mudahan langkah Pemuda PAS ini akan membuka ruang untuk kita berbicara darihal pendekatan baru dan holistik untuk mengatasi kecelaruan sosial yang kelihatan berada di luar kawalan ini.

Kita mengharapkan PAS juga nanti akan membuka langkah bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuklah Umno, institusi dan penguatkuasa agama, bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu murtad khasnya pasca keputusan Mahkamah Persekutuan mengenasi kes Lina Joy. Isu membabitkan aqidah dan maruah ummah seharusnya ditangani oleh umat Islam sendiri tanpa campurtangan mana-mana pihak luar.

Saya yakin rakyat akan semakin menghargai peranan PAS khasnya sebagai sebuah gerakan Islam, apabila langkah-langkah ENGAGEMENT seumpama ini terus dipertingkatkan dari masa kesemasa. Syabas Pemuda PAS.

Aktivis PAS kembali ke rahmatullah semasa solat Jumaat

TEMERLOH, 19 Jun (Hrkh) – Aktivis PAS yang juga Pengasas PAS Cawangan Kampung Paya Kecik, Alias Abdul Hamid, 77, pulang ke rahmatullah ketika sedang menunai Solat Jumaat, di Masjid kampung tersebut baru-baru ini.

Allahyarham Alias yang dikenali sebagai Pak Ngah Alias telah meninggalkan seorang balu, Hamidah Awang Teh dan sembilan anak. Beliau yang terkenal sebagai seorang yang komited dengan perjuangan merupakan seorang dermawan yang banyak membantu perkembangan PAS di cawangannya dan di PAS Kawasan Temerloh hingga akhir hayatnya.

Ketua PAS Cawangan Kampung Paya Kecik, Hashim Abdullah memberitahu PAS cawangan kehilangan tokoh yang banyak berjasa kepada parti dan masyarakat.

“Semasa hayatnya Allahyarham merupakan Pengerusi Kebajikan PAS cawangan dan pernah menjawat jawatan penting yang lain. Dalam Masyarakat beliau pernah menjadi Bilal Masjid, Amil dan berbagai jawatan kebajikan lain. Kita kehilangannya dan amat terasa pemergiannya. Kita reda dan berharap rohnya dicucuri rahmat Illahi.

“Kita mengucapkan takziah dan berharap keluarganya bersabar,” katanya.

Turut menziarahi Yang DiPertua PAS Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif berserta pimpinan lain. – mks.


70 sertai XPDC bermotosikal anjuran Pemuda PAS Temerloh, Kuala Krau

TEMERLOH, 18 Jun (Hrkh) – “Seronok sangat menyertai program lasak seperti ini,” kata salah seorang peserta XPDC bermotosikal anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Temerloh dan Kuala Krau, Ahad lalu.

Program julung-julung kali itu berjaya menghimpunkan lebih 70 orang pemuda daripada dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun), iaitu Kuala Semantan, Temerloh dan Jenderak, parlimen Kuala Krau.ImagePeserta menunggang motosikal lebih 120km bermula di Pekan Kuala Krau singgah di Dun Kerdau, Dun Kuala Semantan, Dun Chenor dan berakhir di Dun Jengka sebelum balik ke Jenderak.

Di samping itu peserta juga diraikan dengan jamuan makan tengah hari di Markaz PAS Cawangan Bandar Baru serta menunaikan solat Zohor berjamaah di Masjid Ubudiah, Batu Satu, Temerloh.

Sebelum berlepas ke Bandar Jengka peserta XPDC mendengar tazkirah ringkas disampaikan Ketua Pemuda PAS Temerloh, Ustaz Johari Ishak.

Di Bandar Jengka peserta menunaikan solat Asar dan mengikuti tazkirah Ustaz Aris Fizul Ismail.

Menurut pengarah program, Abu Bakar Ismail, 35, pada mula beliau ragu-ragu tentang sambutan pemuda terhadap program ini, beliau tidak menjangka program ini mendapat sambutan hangat daripada remaja.

“Saya berpuas hati kerana program berjalan lancar serta berjaya menghimpunkan ramai remaja menyertainya walaupun ada diantara pemuda tersebut tidak peranah menyertai mana-mana program anjuran PAS sebelum ini.

“Mungkin pada masa depan pihaknya akan menyusun program XPDC ke destinasi lebih jauh lagi,” ujarnya. – mns

Pemuda Pahang anjur perhimpunan, jambori hadapi pilihan raya

Ustaz Nasruddin Hassan-Ketua Pemuda Pas PahangTEMERLOH, 19 Jun (Hrkh) – Pemuda PAS Pahang merancang dua program besar-besaran melibat perhimpunan anggotanya dari seluruh negeri pada bulan Julai dan Ogos ini.

Bercakap kepada Harakah selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli jawatankuasa Pemuda PAS Pahang dekat sini, Ketuanya Ustat Nasruddin Hasan Tantowi berkata, kedua-dua program itu adalah antara persiapan pemuda negeri bagi menghadapi pilihan umum ke-12.

Difahamkan program Jambori Amal akan diadakan di Balok, Kuantan pada 20,21 dan 22 Julai manakala pada 12 Ogos pula Perhimpunan Pemuda PAS Pahang berlangsung di Kompleks Putera, Inderamahkota.

Katanya, kedua-dua program itu akan menghimpunkan pemuda-pemuda dari seluruh negeri dan menjadi titik tolak kepada persiapan pemuda menghadapi pilihan raya umum.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Pemuda PAS Pahang menubuhkan satu Lajnah baru dalam organisasinya ialah Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam selaras dengan kewujudan Lajnah berkenaan di peringkat pusat.

Nasruddin mengumumkan Lajnah baru itu dipengerusikan oleh Ustaz Shahril Azman, Ketua Pemuda Pas kawasan Kuala Krau.

Menurutnya, dengan penubuhan lajnah baru itu menjadikan peranan dakwah yang dahulunya diletakkan bersama Lajnah penerangan kini menjadi lajnah tersendiri. “Kita berharap dengan kewujudan lajnah baru ini akan menyemarakkan kerja-kerja dakwah dan pembelaan Islam serta menangani pelbagai isu berkaitan masalah umat Islam, seperti saudara baru, isu murtad dan sebagainya dengan lebih berkesan,” ujarnya. – mks.

EXPDC dakwah Dewan Pemuda PAS Pahang

edar.jpgDewan Pemuda PAS Pahang turut padang mengedar risalah di tapak Pesta Ria (Fan Fair ) Batu 3, Jalan Mentakab, kelmarin (16 Jun).

program dengan kerjasama Pemuda Pas Kawasan Temerloh itu di Ketuai Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang yang baru, Abdullah Abdul Karim bersama kira-kira 15 orang ahli pemuda kawasan Temerloh.

Mereka mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyampai risalah bertajuk ‘Menggamit Bahagia Hakiki’ disamping beramah mesra dengan orang ramai yang mengunjungi pesta ria itu.

Kehadiran pemuda PAS itu telah menarik perhatian dua orang lelaki Melayu, seorang daripadanya dikenali sebagai ‘Man’ mendakwa sebagai pemilik lesen Pesta Ria (Fun Fair) Difahamkan lelaki itu adalah merupakan ‘orang kuat’ kepada salah seorang anggota Exco kerajaan negeri daripada Umno.

Abdullah berkata, pada program kali ini, pihaknya berjaya mengedarkan kira-kira 200 keping risalah kepada orang ramai dan program itu dinamakan sebagai ‘EXPDC dakwah’ suatu program berkala yang sememangnya menjadi salah satu aktivi rutin pemuda PAS diseluruh negara.

Risalah ringkas itu mengandungi kata-kata nasihat supaya menjauhi aktiviti hiburan yang bercangah dengan Islam seperti kebebasan tanpa batas, pergaulan lelaki – perempuan tanpa had, hiburan keterlaluan yang melanggar larangan agama, menjauhi zina, arak, dadah /pil khayal dan seumpanya.

Menurut Abdullah pemuda akan terus menjalan aktiviti EXPDC dakwah dimana ujudnya program hiburan seumpama ini dari masa ke semana.

Turut serta dalam program tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Temerloh Ustaz Johari Ishak dan Timbalanya Hasanuddin Salim.

*** gambar
Abdullah sedang mengedarkan risalah kepada remaja yang mengunjungi Pesta Ria itu.