Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang baru beberapa bulan dilantik ke jawatan itu, hari ini menunjukkan belangnya yang sebenar apabila bertindak zalim dengan memukul, menghambat, menembak gas pemedih mata, menyembur air kimia dan memberkas rakyat Malaysia sendiri melalui budak-budak suruhannya, polis.

Di bawah Hishamuddin, polis berjaya menjadi lebih ganas, lebih kasar dan lebih tidak bertamadun kepada rakyat daripada kanak-kanak, remaja sekolah dan pelajar IPT, hinggalah kepada orang-orang tua lelaki dan perempuan. Syabas!
Sepupu Najib ini dalam tempoh terdekat berjaya menjadi Menteri Dalam Negeri paling kejam dan tidak bertamadun dalam sejarah negara!
Kira-kira 20,000 rakyat yang berhimpun di ibu negara itu melalui tindakan yang dihalalkan menurut Perlembagaan, bagi menuntut kerajaan zalim memansuhkan akta berpuaka ISA dengan niat menghantar memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agung.

Rakyat yang hanya berhimpun secara aman itu tidak melakukan sebarang perancangan untuk merusuh, tidak merosakkan harta benda awam, tidak melakukan kekacauan akan tetapi dibalas dengan semburan gas pemedih mata, air kimia dan diperlakukan seperti binatang tanpa belas kasihan. Ada yang pengsan terkena senjata celaka polis itu. Hampir 600 rakyat yang hadir bagi menyatakan sikap tidak mahu kepada ISA diteruskan, ditangkap. Sedangkan mereka bukan penjenayah, bukan pengganas… mereka berhimpun untuk menyokong pemansuhan ISA. Hak bersuara itu dibenarkan perlembagaan!
Apa dosa mereka yang merupakan pembayar cukai negara ini, yang hanya ingin berhimpun menyatakan rasa benci dan mahu akta kejam ISA dimansuh, dilayan seperti banduan?
Di mana janji transformasi besar 1Malaysia yang kononnya rakyat didahulukan? Di mana janji khidmat terbaik Najib selepas 100 hari memerintah? Ini negara demokrasi atau negara polis?
Rakyat sudah tentu amat kecewa dan ikrar paling mudah mulai saat ini ialah jangan beri peluang lagi Umno/BN memerintah negara ini kerana mereka tidak tahu membalas budi.
Seumpama seekor beruk, kuasa yang rakyat beri tangan rakyat pula yang digigitnya balik!
Rakyat mestilah berazam menolak Umno/BN dan masa terdekat ini ialah mesti bertekad membenam Umno di Permatang Pasir.
Ayuh! Teruskan perjuangan…
Foto : ihsan daripada Harakah






























