Menangislah Bila Anda Dipilih Untuk Memimpin

tuan3.jpg

Muktamar PAS yang berlangsung pada 1 hingga 3 Jun lalu menyaksikan beberapa jawatan penting dipertandingkan. Ia adalah perkara lumrah dalam organisasi parti yang menerima kaedah sistem demokrasi dalam pengurusan organisasinya.
Penerimaan kaedah ini bermakna seluruh kepimpinan perlu bersedia bahawa jawatan yang dipegang akan dipertandingkan, dan bersedia untuk menerima keputusan dengan dada terbuka. Umumnya kita menyatakan bahawa kita hanya menawar diri untuk dipilih, bukan mendesak ahli untuk memilih kita. Sifat ini adalah suatu sifat yang sangat terpuji; kerana jawatan bukanlah sesuatu yang menjadi kebanggaan apatah lagi untuk merasa terhormat dengan jawatan yang disandang. Baca baki entri ini »

BN rasuah tanah menjelang pilihan raya

MARAN, 1 Ogos (Hrkh) – Pilihan raya umum yang semakin hampir menjadikan jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno semakin rajin berkempen dan mendekati rakyat dengan berbekalkan pelbagai tektik lama dan baru, antaranya menawarkan tanah berkelompok, pemimpin bersama rakyat dan motivasi pelajar.

ImageItulah yang berlaku kepada penduduk dikawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Maran, beratus orang penduduk dijemput melalui surat oleh Pejabat Tanah dan Daerah Maran untuk menghadiri temuduga pemilihan peserta Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Bukit Ketawak, Mukim Cenur 24 Julai lalu di rumah Rakyat Jengka 3, dekat sini.

Surat jemputan ditandatangani Ketua Penolong Pegawai Daerah (T) Maran, Masari Abdul Rashid.

Menurut sumber, lebih 500 penduduk hadir menyertai temuduga yang dikendalikan oleh lima orang pegawai termasuk Adun Kuala Sentul, Rosni Zahari.

Bakal peserta dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut taraf dan kedudukan didalam masyarakat. Bagi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) , Ketua Umno dan pemimpin masyarakat yang dipercayai mempunyai pengaruh mereka ditemuduga sendiri oleh Adun manakala peserta lain ditemuduga oleh pegawainya. Baca baki entri ini »